Sunday, August 22, 2010

di mana abi?

Assalamualaikum wbt...
Kesian sgt anak ummi... kecik2 dah rasa perpisahan... tiap hari Ahad  merengek2, merap bagai... bila naik walker jenguk2 semua pintu bilik, pintu dapur & pintu utama seolah2 mencari2 di mana abi... kdg2 nampak pintu nangis2... sgt kesian melihat Haziq... ummi & abi selalu cakap "abi pergi kerja, Khamis abi balik, kite gi jln2 plk"... Isnin-Rabu ok je... hari Khamis nampak je muka abi terpancarlah keceriaan di wajah Haziq... 4 hari, 4 malam abi xde bersama, xde langsung kesan pd Haziq, tetap akrab... seolah2 24 jam abi bersama... bila abi ade, sgt la tahan mata Haziq, mengantuk pun sanggup tahan mata xnak tido... si kecil pun tentu rase pahitnya perpisahan biarpun sementara... apa ummi boleh buat sayang, dah kita ditakdirx hidup begini, abi & ummi sentiasa doa agar ummi dpt tukar, dpt dekat dgn abi... kita sekeluarga dpt bersama 24 jam... sabarlah sayang ummi...

Friday, August 20, 2010

Baju Raya

Assalamualaikum wbt & Salam Ramadhan...
semalam aku , encik suami & Haziq ronda2 bazar baju raya... sempat beli baju melayu & kopiah Haziq... sangat comel...susah juga mencari saiz baju melayu si kecik ni... sebelum ke bazar, ronda kedai2 baju pun x jumpa... plg kecik saiz 18... nasib baik le ade satu kedai kat bazar yg jual baju melayu saiz 0... aku terus capai baju warna hijau, leher baju kurung... mmg padan elok dgn badan Haziq... lega rasenya... xsabo aku nak tengok Haziq berbaju melayu di pg raya... baju melayu, baju lain belum lg, baju abi ummi lg... ptg ni ronda lg... warna hijau juge la... tentu seronok raya tahun ni, sbb dah ade si kecik Haziq ni... tahun pertama beraya bersama anak... sgt teruja...

Tuesday, August 17, 2010

Haziq dgn pengasuh baru...

Assalamualaikum wbt..
post ni agak terlewat...
Alhamdulillah k.nor yg aku tumpangkan Haziq 2 hari minggu lepas sudi utk terus jaga Haziq (sampai bln 11 pun ok dah)... lega sgt hati, xperlu susah2 aku cari org lain jaga Haziq... k.nor sgt ok... cepat die memahami Haziq... Haziq plk mcm suke sgt... sblm ni aku risau sbb Haziq agak susah nak dgn org... kali pertama aku hantar pun Haziq ok je, xde plk  nangis nak ikut ummi... anak2 k.nor pun rajin melayan Haziq... hmm ok la tu, bkn senang nak cari pengasuh yg boleh dipercayai kan...

Kesayangan abi & ummi

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan & PJJ

Assalamualaikum wbt & salam Ramadhan...
Ramadhan tahun ke 3 aku hidup berPJJ dgn encik suami (dah 2 tahun 10 bulan kawen)... 2008 sorg2, 2009 Haziq dlm perut & 2010 tentu la bersama Haziq... cabaran? mmg sungguh mencabar... kebanyax berkaitan dgn emosi & perasaan lah... tp apapun... Ramadhan bulan mendidik kesabaran... kuatx hati utk bersabar... tp apalah daya aku, aku juga manusia biasa... perasaan x seronok tentu ada terutama time berbuka & bersahur tanpa encik suami... tahun 2009 masa tgh mengandung lg la dasyat, maklumlah dgn letih, penat bagai... apa pun yg tu dah berlalu... semua tinggal kenangan... aku harap Muhammad Haziq akan menjadi seorg yg tabah (kononnya aku tabah la masa tu)... bukan senang, hanya yg pernah melalui je dpt selami perasaan aku ni...

Harini plk Haziq buat perangai, x boleh aku bangun sikit, mula melalak... adoi, apa aku nak makan... aku terpaksa tidurx dia dulu.. dr 6.15 aku enjut, pukul 7.10 baru lena... sudahnya aku goreng ayam je la, buat sambal kicap... jadilah menu utk hari ni... sorang2 makan xde hal punya... Alhamdulillah aku x susah sangat kot... cumanya mmg x seronok berbuka tanpa encik suami...
Haziq manja

Hobi Ummi



Comel x saya?


Ini abi & ummi Haziq



Sunday, August 8, 2010

Haziq dgn Bolanya



layan jer video HAZIQ ni...

Pengasuh Sakit

Pengasuh HAZIQ sakit, masuk wad... aku kebuntuan... mana nak hantar HAZIQ esok & lusa... Rabu Khamis xpe, encik suami dah cuti (cuti awal Ramadhan)... cuti?? aku & encik suami masing2 pernah amik cuti sbb pengasuh demam... cuti rehat aku dah tinggal 3 hari... minggu lepas pun pengasuh dah sakit, nasib baik mak & adik aku dtg, diorg jaga HAZIQ 2 hari... x sangka plk sampai masuk wad mlm td...
aku cuba sms k.ma jiranku, tanya kot ade pengasuh segera... alhamdulillah ada, akak tu leh tolong jaga HAZIQ 2 hari... tp masalah la plk, HAZIQ ni jenis susah nak dgn org... camne akak tu nak jaga HAZIQ ... aku pasti la x senang duduk kat sekolah esok... memikir keadaan HAZIQ ... HAZIQ plk sgt lasak, sanggup ke org yg xbiasa dgn anak aku ni jaga die??
encik suami kata elok la cari pengasuh lain... ye la pengasuh skrg baya2 mak aku... demam, darah tinggi bagai... patut ke aku cari pengasuh lain? Bkn senang nak cari pengasuh yg baik & boleh dipercayai... aku bertawakkal pd Allah... harap dipermudahx segala urusanku... semua ni sungguh menyesakx fikiranku...

Friday, August 6, 2010

Muhammad Haziq 9 Bulan

Muhammad Haziq 9 Bulan
Alhamdulillah... syukur pd Allah swt, anak abi & ummi , Muhammad Haziq membesar dgn sihat & cergas... dah 9 bulan ye Haziq... cepat sungguh masa berlalu, kenangan indah masa mengandung, melahirkan masih segar dlm ingatan... perkembangan? Haziq dah pandai merangkak, duduk tanpa sokongan (tp belum pandai bangun duduk sendiri), memanjat kerusi, memanjat org & berani pulak cuba lepas kedua2 tangan... ummi tengok pun takut, takut jatuh... nampak berani sgt la Haziq... pdhal baru pandai merangkak terus nak memanjat... agak2 berapa la berat Haziq skrg ek? bulan ni tak pergi check up, 11 bulan nanti baru kene gi klinik... ni berat Haziq dr lahir hingga 8 bulan:
lahir : 3.1kg
21 hari : 3.25kg
2 bulan : 4.0kg
3 bulan : 4.7kg
4 bulan : 6.0kg
5 bulan : 7.3kg
6 bulan : 8.2kg
8 bulan : 9.1kg
bulan2 pertama naik sikit je berat Haziq... nampak kecik je Haziq mase tu, lepas 4 bulan baru la nampak kehantapan Haziq... rakan2 sebaya yg debab2 pd bulan2 pertama tu skrg dah kurus, Haziq plk nampak debab... ummi x kisah pun kurus ke debab, yg penting anak ummi sihat selalu, senang ummi nak jaga... maklumla ummi jaga sorg2, abi ade 3 hari 3 malam je... Alhamdulillah walaupun ummi diuji dgn kehidupan berPJJ dgn abi, tp anak ummi sentiasa sihat... Ummi bersyukur sgt atas anugerah Allah yg amat besar ni... ummi doax anak ummi terus membesar dgn sihat, cergas, serta menjadi insan cemerang dunia & akhirat :)

Thursday, August 5, 2010

Hikmah di Sebalik Ujian

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila. Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Wednesday, August 4, 2010

Terleraikah???

Assalamualaikum wbt...
harini kat sekolah ade buat perjumpaan semua guru & kakitangan (2.30-5.30 ptg)... tujuannya utk meleraikan kekusutan yg timbul sejak ujung tahun lepas (kalo x silap aku la)... apa yg berlaku? perjumpaan berjalan dgn aman damai, setiap org diberi peluang meluahkan isi hati masing2... aku pun bercakap la, aku mmg x reti bab luah2 isi hati ni, mudah sgt air mata luruh berjujuran... byk yg x terkata, yg aku ckp pun ntah org paham ke x, biarlah.. . janji hati aku lega, dpt bermaaf2an dgn semua... Ramadhan dah dekat ni, buatpe nak gadoh2 & masam2 muka kan (aku x pernah cari gadoh dgn org, cuma hati terguris sikit je, biasa la aku mmg sensitif sbbnya aku mmg x bersalah)... sbnrnya aku mmg jenis x banyak cakap... nak masukx diri dlm golongan org tgh bersembang pun aku x pandai... makanya aku x suke amik tahu hal remeh temeh yg xde langsung kaitan dgn hidup aku... banyak lg urusan hidup aku yg perlu aku fikir... apepun halnya, aku harap sgt perjumpaan kali ni terkesan di hati semua & semuanya terlerai...

Monday, August 2, 2010

Muka Macam Cina?

Korang tengok budak ni ada rupa cina ke? Org cina suke tegur muka Haziq mcm muka anak cina, kawan2 pun ade cakap mcm tu... mungkin kerana kulitnya cerah & matanya sempit... x kisah la apa pun, asalkan Haziq sihat, ummi & abi pun bahagia... sayang Haziq!

Sunday, August 1, 2010

Mengumpat

Mengumpat adalah dosa besar dan dibenci Allah. Namun sebahagian masyarakat kita masih menjadikannya satu tabiat yang menyeronokkan. Hukum haram hanya dipandang kecil. Mengapa keadaan ini boleh berlaku?
Jelas di sini, mereka yang terlibat dengan mengumpat ini tidak takut kepada Allah dan tidak takut kepada ancaman Allah. Hal ini kerana iman mereka kepada Allah terlalu tipis atau tiada iman, lalu sanggup melakukan apa sahaja.
Sebenarnya orang yang mengumpat ialah orang yang melanggar amanah dan menyalahgunakan kurniaan Allah iaitu lidah. Anggota lidah diberikan kepada manusia untuk membolehkan manusia merasai makanan, bercakap memberi nasihat dan melarang amalan yang keji. Tetapi sebaliknya manusia menggunakan lidah untuk mengumpat manusia lain.
Jika manusia sedar bahawa dengan mengumpat itu mereka telah melakukan dua dosa iaitu menjatuhkan maruah orang dan menyalahgunakan amanah Allah pasti mereka berfikir dua kali untuk mengumpat. Tetapi semua itu tidak pernah difikirkan oleh mereka.
Selain mengumpat, gosip adalah satu lagi bentuk dosa di alaf ini. Malah gelanggang gosip lebih luas kerana diterajui oleh media sama ada elektonik mahu media cetak. Sesuatu yang menjadi rahsia seseorang habis dibongkar kepada umum.
Ramai yang berminat untuk mengetahui gosip itu kerana dapat mengetahu rahsia orang. Sama ada cerita yang dibawa itu betul atau tidak, mereka tetap akan terimanya sebagai bahan berita malah ada yang sanggup memanjangkannya.

Hari Ahad

Mengapa tajuk ini.. sbb harini hari Ahad... kenapa dgn hari Ahad? sbnrnya kalo boleh aku xnak hadapi hari Ahad ni... nak tau sbb apa? sbb hari Ahad hari cuti aku, tp encik suamiku bekerja... Kedah hari Ahad hari bekerja... so, hari Ahad aku lepak di rumah bersama anakku Muhammad Haziq... seawal 5.30 pg encik suami dah bertolak balik ke sana... so, hari Ahad bermulanya hari aku tinggal berdua dgn Haziq... nasib baik dah ada Haziq, sblm lahirnya Haziq ke dunia, aku sorg2 terkontang kanting kat sini... sedih sgt kan... Harini org berjalan, shopping moping... Hari Jumaat aku bekerja, encik suami plk jaga anak kat rumah... huhuhu sgt sedih hidup berPJJ ni... cepat la berakhir... sgt letih & bosan... aku tak sabar menunggu hari khamis, encik suamiku pulang... tp kalo cuti sekolah, hari2 adalah amat bahagia bagi aku & keluargaku...

PJJ

Bukan Pengajian Jarak Jauh ye... perkahwinan jarak jauh...
aku nikah Oktober 2007.. Februari 2008 bermulalah kehidupan berPJJ aku & encik suami... drpd sorg2, mengandung, & kini bersama anak, byk hari2 yg terpaksa aku lalui sendirian... sgt byk keperitan & dugaan yg kami lalui... aku di Kuala kangsar, Perak, encik suami di Baling, Kedah... mcm jauh je kan.. xle jauh mane, dlm 2 jam lebih perjalanan, tp tak mungkin encik suami ulang alik hari2 kan... so, ulang alik ujung minggu je... ptg Khamis encik suami balik sini, pg Ahad balik sane... (Kedah kerja Ahad, cuti Jumaat).

mintak tukar?? dah 4 kali aku mohon, tp x dapat2 lg.. encik suami nak ke sini lg le x boleh, sbb Maktab Mahmud sekolah encik suami bwh kerajaan negeri Kedah, kalo nak tukar pun dlm Kedah je.

Kronologi mohon tukar:
  • utk Jan 2009: ade pasangan suka sama suka, buat 4 penjuru... susah payah cari pasangan, hantar permohonan, tiba2 keluar pekeliling pertukaran dibekukan.
  • utk Jun 2009: pertukaran dibuka balik, pasangan yg td sorg dah tak jd tukar plk... hanto jgk... tak dpt le sbb syarat die mesti suka sama suka.
  • utk Jan 2010: hanto je, sbb kawan ckp pihak JPN akan cuba susun... tak dpt jgk, sbb mmg takde org nak ganti aku, tmpt aku nak gi pun takde kosong. ramai yg dapat masa ni.
  • utk Jun 2010: aku dah layak online, sbb dah cukup 4 tahun setengah perkhidmatan aku...so aku pun online... tak dpt jgk sbb mcm td jgk, takde kekosongan, takde ganti...
sgt susah kan... dah beribu2 manusia sebath aku yg dah berjaya bertukar... mengapa aku masih lg diuji... mesti ade hikmah besar menanti di depan... yakin dgn Allah... setiap kesusahan pasti ada kesenangan... sabar... cakap mmg senang kan, utk melaluinya amat perit... hanya mereka yg melalui yg akan merasai... aku harap 2011 ni ade rezeki kami sekeluarga... aamin...