Bukan Pengajian Jarak Jauh ye... perkahwinan jarak jauh...
aku nikah Oktober 2007.. Februari 2008 bermulalah kehidupan berPJJ aku & encik suami... drpd sorg2, mengandung, & kini bersama anak, byk hari2 yg terpaksa aku lalui sendirian... sgt byk keperitan & dugaan yg kami lalui... aku di Kuala kangsar, Perak, encik suami di Baling, Kedah... mcm jauh je kan.. xle jauh mane, dlm 2 jam lebih perjalanan, tp tak mungkin encik suami ulang alik hari2 kan... so, ulang alik ujung minggu je... ptg Khamis encik suami balik sini, pg Ahad balik sane... (Kedah kerja Ahad, cuti Jumaat).mintak tukar?? dah 4 kali aku mohon, tp x dapat2 lg.. encik suami nak ke sini lg le x boleh, sbb Maktab Mahmud sekolah encik suami bwh kerajaan negeri Kedah, kalo nak tukar pun dlm Kedah je.
Kronologi mohon tukar:
- utk Jan 2009: ade pasangan suka sama suka, buat 4 penjuru... susah payah cari pasangan, hantar permohonan, tiba2 keluar pekeliling pertukaran dibekukan.
- utk Jun 2009: pertukaran dibuka balik, pasangan yg td sorg dah tak jd tukar plk... hanto jgk... tak dpt le sbb syarat die mesti suka sama suka.
- utk Jan 2010: hanto je, sbb kawan ckp pihak JPN akan cuba susun... tak dpt jgk, sbb mmg takde org nak ganti aku, tmpt aku nak gi pun takde kosong. ramai yg dapat masa ni.
- utk Jun 2010: aku dah layak online, sbb dah cukup 4 tahun setengah perkhidmatan aku...so aku pun online... tak dpt jgk sbb mcm td jgk, takde kekosongan, takde ganti...
sgt susah kan... dah beribu2 manusia sebath aku yg dah berjaya bertukar... mengapa aku masih lg diuji... mesti ade hikmah besar menanti di depan... yakin dgn Allah... setiap kesusahan pasti ada kesenangan... sabar... cakap mmg senang kan, utk melaluinya amat perit... hanya mereka yg melalui yg akan merasai... aku harap 2011 ni ade rezeki kami sekeluarga... aamin...
No comments:
Post a Comment