Assalamualaikum wbt...
lama x update blog, kemalasan la puncanya... malam ni sambil menunggu encik suami melaporkan ketibaannya di Kepala Batas, ingin plk mencoretkan sesuatu dlm blog yg semakin berhabuk ni... entah kenapa malas sgt rasanya nak menaip... hati masih sedih sbb keputusan pertukaran tu, jd hilang semangat, yg wajib cuba utk buat, yg sampingan2 mmg sgt MALAS... oh sbnarnya jam 9.00 td encik suami bertolak ke MRSM, sok dia bertugas warden asrama, biasanya jam 5.00 pg Isnin baru bertolak... apa pun dah 4 malam kami bersama, sbb hari Khamis lps, cuti Thaipusam... sekejap je masa berlalu...
Anakanda Muhammad Haziq sdg lena sejak jam 9.15 td, 15 minit selepas abi bertolak... ummi risau, Haziq dah beberapa kali jatuh... hari Jumaat jatuh sbb kecuaian ummi, air tutup x rapat, rumah hampir banjir sbb bilik air tersumbat... tgh lap, Haziq datang kat ummi, jatuh terlentang, sakitnya kepala Haziq... ummi risau sgt, ummi peluk Haziq kuat2, nasib baik kejap je tangisnya... ya Allah, harap Engkau pelihara anak aku dr segala yg merisaukan ni... lepas jatuh tu alhamdulilah main x hengat... yg lain2 tu Haziq jatuh sikit2, Haziq pun dah pandai tahan tangan agar kepala x terhantuk lantai... jatuh kuda, jatuh kereta... sgt lasak la anak ini...
Alhamdulillah baru dpt panggilan dr encik suami, dah sampai pun di MRSM... 1 jam 30 minit perjalanan... ok la setakat ini dulu, mata pun sudah berat...
No comments:
Post a Comment