Friday, May 6, 2011

Muhammad Haziq 1Tahun 6 Bulan

Assalamualaikum wbt...

06.05.11 anakanda Muhammad Haziq genap SETAHUN SETENGAH... alhamdulillah syukur pd Allah swt kerana mengurniakan ummi abi anugerah yg tidak ternilai ini... perkembangan: sudah banyak cakap, suke tiru apa sahaja org cakap, boleh cakap 2 patah perkataan cth : kereta abi, abi balik dll; boleh diharap, boleh la minta tolong amik barang yg terdaya diangkatnya @ simpan barang; pandai mengemas sendiri mainan yg disepahkan, gigi 5 atas & 2 bawah, dlm proses pertumbuhan lg tu sbb air liur meleleh, ade demam2 sikit, menjerit tgh malam krn kembung, sedikit merap (itu tanda Haziq sdg tumbuh gigi)... beratnya 12.2kg (timbang kat supermarketa)... Haziq sudah tidak tidur dlm buai... bila nak tidur, guling2 atas tilam @ nonyot susu saja boleh lena... Haziq dah mula belajar kenal & sebut huruf2 hijaiyah, huruf jawi, abjad ABC... suke sgt bila Haziq sebut 'alif, ba, ta'...
18 bulan
Selama setahun setengah bersama Haziq, sgt banyak ilmu & pengalaman yg ummi abi pelajari ttg ragam baby @ anak kecil... Semoga Haziq menjadi anak yg soleh ye sayang... oklah bye2...

No comments: